Berita Rakyat

Update laporan berita semasa terkini!Update laporan berita semasa terkini!Update laporan berita semasa terkini!Update laporan berita semasa terkini!Update laporan berita semasa terkini!

Budak terima 8 jahitan selepas lawan buaya



SANDAKAN - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menerima lapan jahitan selepas cuba melawan untuk menyelamatkan diri daripada dibaham buaya di kawasan perumahan atas air Kampung Batu Putih di sini pada Selasa.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu turut diselamatkan oleh bapanya yang berada berhampiran di lokasi.



Pembantu Hidupan Liar Sandakan Mozain Abbas berkata, kejadian berlaku ketika air sedang pasang dari laut dan menyebabkan kawasan perumahan atas air itu dinaiki air.


"Lokasi kejadian berlaku di laluan jalan kampung perumahan atas air di mana mangsa bersama rakannya sedang berenang ke luar dari rumah jiran menuju balik ke rumah mereka.


"Tiba-tiba kanak-kanak itu diserang dan dibaham di bahagian tangan namun mangsa sempat melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum diselamatkan oleh bapanya, Ubing Markum, 39," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Akibat kejadian itu, Mozain berkata, mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.


"Mangsa menerima lapan jahitan di lengan kanan dan cedera di bahagian bahu kanan serta kepala.


"Bagaimanapun, mangsa dalam keadaan stabil ketika dilawat di kediamannya dan tiada kecederaan lain yang serius dilaporkan," katanya.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!